Saturday, January 20, 2007

Konsep Tabarru' Dalam Takaful Ikhlas

Keindahan Konsep Tabarru’ (Bersedekah Dalam Applikasi Takaful)

Sesungguhnya Islam mengganggap harta sebagai anugerah dan pinjaman sementara kepada manusia. Perlu diingatkan bahawasanya manusia tidak memiliki harta tersebut secara mutlak, bahkan harta tersebut adalah sebagai amanah Allah untuk kita atur dan salurkan dengan cara yang diredhainya.

Sejajar dengan keputusan para alim ulama’ dalam mencari penyelesaian kepada pelaksanaan Sistem Insurans yang selari dengan prinsip Syariah Islam, maka mereka memutuskan bahawa penggunaan kontrak Tabarru’ adalah lebih praktikal dan selamat dalam mengatur-urus Sistem Insurans yang pada tujuan asalnya adalah dianggap baik.

Perbahasan yang ingin diketengahkan pada ruangan kali ini adalah berkaitan dengan Konsep Tabarru’ itu sendiri dan mengapa ianya dipilih sebagai kontrak yang selamat pada pandangan Islam dalam menjalankan aktiviti dan transaksi Insurans.Tabarru’ bolehlah diertikan sebagai suatu bentuk derma Ikhlas yang diberikan oleh satu pihak sahaja dengan tidak meminta pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain. Ianya dianggap sebagai amalan terpuji di dalam Islam kerana terlalu banyak manfaat yang bakal diperolehi dengan syarat ianya mesti disertakan dengan niat yang Ikhlas.

Tabarru’ dalam aplikasi Insurans atau lebih dikenali sebagai Takaful lebih menjuruskan sumbangan para peserta Takaful di dalam satu Dana Khas di mana dana tersebut berfungsi untuk menyumbangkan bantuan sumbangan kepada mana-mana peserta yang ditimpa musibah. Dalam hal ini, sumbangan Tabarru’ yang telah disumbangkan itu tidak boleh ditarik balik oleh peserta kerana ianya merupakan sumbangan yang telah didermakan.

Keunikan Dana Tabarru’ ini ialah ianya berfungsi untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah sebagaimana yang telah dipersetujui.Dalam aplikasi Takaful, jika sekiranya tidak berlaku tuntutan ke atas perkara yang dilindungi, sumbangan Tabarru’ tersebut berperanan sebagai sumbangan amal jariah yang sangat-sangat istimewa di dalam Islam. Tiada istilah ’wang hangus’ diutarakan kerana ianya wang derma yang bakal diganjari jika disertakan dengan niat yang Ikhlas.Begitu juga kepada para wakil atau ejen Takaful yang terus menerus mempromosikan konsep Tabarru’ ini, di mana mereka juga bakal mendapat ganjaran Ilahi sebagaimana maksud Hadith:

"Barangsiapa yang menunujukkan sesuatu kebaikan, maka baginya ganjaran sebagaimana ganjaran orang yang mengerjakannya". (Riwayat Muslim)

Jika dilihat dari kacamata Islam, Islam sangat-sangat menggalakkan umatnya agar melakukan derma Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan amalan ini sangat dipuji di dalam Islam. Terlalu banyak dalil-dalil yang menyokong perkara ini. Antaranya maksud firmanullah s.w.t.:

"Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Baqarah:254)

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah al-Baqarah:261)

"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya)." (Surah al-Baqarah: 265)

Kesimpulannya, kita boleh mengaplikasikan konsep Tabarru’ itu melalui penglibatan kita sebagai peserta Takaful. Semoga harta yang kita peruntukkan sebagai sumbangan Takaful itu menjadi hujjah di hadapan Allah kelak sebagai harta yang diredhaiNya.

Untuk keterangan lanjut hubungi Wakil Perunding Takaful Ikhlas. Hamid - 019 476 4433
atau e-mail 4ikhlas2u@gmail.com

Monday, January 15, 2007

PENTINGNYA TAKAFUL IKHLAS UNTUK ANDA...

1. Melindungi pendapatan sedia ada sekiranya berlaku musibahKematian atau kemalangan berlaku tanpa diduga. Jesteru persediaan awal perlu dilakukan bagi melindungi pendapatan sedia ada sekiranya berlaku musibah. Ia menjadi lebih penting sekiranya anda adalah ketua keluarga kerana isteri dan anak- anak bergantung sepenuhnya dengan anda.Ia juga penting bagi para lepasan ijazah kerana anda adalah harapan ibubapa. Setelah mereka membiayai pembelajaran anda semenjak kecil kini mereka sudah tua dan pastinya teringin merasa hasil titik peluh anda pula. Sekiranya anda ditimpa musibah, apakah persediaan anda untuk mereka? Takaful Ikhlas Sdn Bhd sedia membantu anda untuk membuat perancangan.

2. Menabung untuk masa depan. Ramai orang membuat tabungan di dalam bank. Namun kini adalah pilihan yang lebih baik iaitu menabung di Takaful ikhlas. Takaful ikhlas merupakan satu bentuk tabungan untuk masa hadapan di samping menyediakan perlindungan untuk pesertanya.Contohnya, jika seseorang yang menabung di bank RM2,000 setahun, berapa lamakah yang dia perlukan untuk mempunyai sejumlah RM100,000? Betul - 50 tahun yang mana ia merupakan satu jangkamasa yang agak panjang. Namun di Takaful Ikhlas, apabila kematian atau kecacatan kekal berlaku, waris atau peserta itu sendiri dijamin menerima sejumlah RM100,000. (*mengikut jumlah seperti yang terdapat didalam akad setiap peserta. Ini hanya sekadar contoh.)

3. Sebagai persediaan untuk pendidikan anak-anak. Kos pendidikan kian meningkat saban tahun. Jesteru melalui Takaful Ikhlas pendidikan contohnya, ia merupakan salah satu langkah persediaan ibu bapa untuk anak-anak mereka. Ia juga dapat mendisiplinkan ibu/bapa untuk membuat tabungan selain memberi perlindungan untuk anak-anak. Tabungan pendidikan tersebut juga adalah terjamin walaupun ibu/bapa tidak dapat meneruskan sumbangan sama ada diakibatkan oleh kematian atau keilatan kekal.

4. Untuk mendapatkan kemudahan hospital dan perubatan di Takaful Ikhlas, terdapat rider untuk penyakit kritikal . Jumlah pampasan ini dapat membantu peserta sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal bagi menampung kos untuk mendapatkan kemudahan hospital dan perubatan. Manakala manfaat harian hospital sekurang-kurangnya dapat menggantikan pendapatan harian sekiranya dimasukkan ke wad.

5. Mendapat bantuan sekiranya berlaku keilatan kekal (disability)Apabila seseorang itu mendapat kecacatan kekal, maka dia sudah tidak mampu untuk mencari pendapatan untuk menampung kehidupannya. Dengan adanya pampasan dari Takaful Ikhlas, ia dapat meringankan beban peserta dan dapat menampung kos rawatan akibat kecacatan tersebut.

6. Menunjukkan sikap kasih sayang dan perihatin kepada ahli keluarga dengan meyertai Takaful Ikhlas, ia dapat menunjukkan sikap kasih sayang dan perihatin kepada ahli keluarga. Ini bermaksud, sekiranya di timpa musibah, peserta tersebut telah menyediakan satu dana untuk keluarganya, Jesteru, mereka tidak perlu meminta-minta atau menunggu belas ehsan dari orang lain.

7. Mendapat pengecualian cukai di dalam Budget 2005, Perdana Menteri telah mengumumkan pelepasan cukai bagi KWSP, Takaful Ikhlas dan insurans hayat sebanyak RM6,000. Manakala pelepasan untuk pendidikan anak-anak tetap pada kadar RM3,000. Ini menunjukkan kerajaan turut memberi penekanan tentang pentingnya setiap individu untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu pelan takaful sebagai salah satu cara menabung untuk masa hadapan.

8. Membina tabung untuk persaraan sekiranya tidak berlaku musibah, peserta akan menerima manfaat tempoh matang yang merupakan simpanan mereka yang disertakan Mudharabah (perkongsian keuntungan). Ini secara tidak langsung telah membina satu tabung untuk persaraan peserta.

9. Bersiap sedia untuk membayar hutang rentetan kos hidup yang tinggi, ramai yang terpaksa menanggung hutang bagi mengecapi keselesaan hidup. Oleh yang demekian, dengan menyertai Takaful Ikhlas, wang pampasan yang dituntut boleh digunakan untuk melunaskan hutang simati. Seandainya tiada musibah yang menimpa, sejumlah simpanan apabila tempoh matang sijil turut boleh digunakan untuk membayar hutang yang belum langsai. 10. "Peace of Mind"Peserta Takaful Ikhlas tidak perlu bimbang sekiranya musibah menimpa mereka kerana telah membuat persediaan awal. Seperti kata pepatah "Sediakan payung sebelum hujan". Dengan wang pampasan yang diterima sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ahli keluarga yang ditinggalkan.

11. Perbelanjaan untuk pengkebumian pada kebiasaannya, di kampung-kampung satu tabung khairat akan diwujudkan apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia. Dengan penyertaan peserta bersama Takaful Ikhlas, dana tersebut memang telah diwujudkan sejak dari awal sebagai persediaan perbelanjaan pengkebumian.

12. Membantu peserta yang ditimpa musibah. Musibah datang tanpa mengira siapa dan tidak kira bila dan dimana. Jadi, wang pampasan dapat membantu peserta yang ditimpa musibah.

13. Oleh kerana anda mempunyai kesedaran awal, jadi masih belum terlambat untuk anda mengambil salah satu pelan Takaful Ikhlas. Jangan sampai sudah jatuh ditimpa tangga, barulah anda merasa menyesal kerana tidak menyertai pelan ini semasa anda masih sihat dan mempunyai kemampuan. Sesungguhnya malang tidak berbau!

Keterangan Lanjut Hubungi Perunding Takaful Ikhlas, Abdul Hamid -019-4764433